Ahad, Ogos 15, 2010

Berita Harian Online | Obama pertahan masjid dekad lokasi serangan 9/11

Berita Harian Online | Obama pertahan masjid dekad lokasi serangan 9/11

Saya amat tertarik dengan keputusan yang dibuat oleh Presiden Obama berhubung dengan pembinaan masjid di Bandaraya New York serta berhampiran dengan tapak Ground Zero(WTC). Keputusan ini amat dialu-alukan oleh masyarakat islam dunia khususnya kerana ianya memberi kesan yang positif kepada pentadbiran Obama. Sikap memberi layanan yang sama kepada semua agama begitu tidak disenangi oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat.

Mereka patut menghormati agama lain dan Islam bukan merupakan agama keganasan malah ianya bersifat sederhana. Ramai dikalangan orang Islam yang tidak bersetuju dengan keganasan yang dilakukan. Malah dikalangan pemimpin Islam mengutuk keganasan yang dilakukan sewaktu tragedi 9/11. Oleh itu semua pihak atau agama yang lain harus menghormati agama Islam sebagaimana Saudara yang beragama Islam menghormati mereka.

Ahad, Januari 13, 2008

Permata Pengislahan Perundangan Islam

Saya amat kagum apabila membaca biografi Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim yang merupakan seorang tokoh perundangan Islam di negara ini. Beliau merupakan seorang yang gigih dalam menegakkan perundangan islam khususnya undang-undang syariah serta memartabatkan Mahkamah Syariah dinegara ini. Beliau dilahirkan di Singapura pada 15 Mei 1916. Beliau melanjutkan pelajaran di St. John College, Universiti Cambridge mengikuti kursus ekonomi. Peluang belajar di Universiti Cambdrige telah beliau manfaatkan sepenuhnya dan mengambil peperiksaan untuk mendapatkan Ijazah LLB pada tahun 1940. Selepas tamat pengajian beliau telah diterima sebagai peguambela dan peguamcara melayu yang pertama selepas tamatnya pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Dari hasil kajian yang dijalankan oleh penulis Abdul Monir Yaacob,Mahamad Arifin,Najibah Mod Zin dan Siti Shamsiah, beliau seorang yang gigih dan memegang beberapa jawatan yang penting sewaktu di Singapura termasuklah Peguam Negara. Sewaktu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1969, beliau telah dilantik menjadi Profesor Pengajian Undang-undang dan bertanggungjawab menubuhkan Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya. Pada tahun 1983 pula beliau telah dilantik sebagai Syaikh al-Kulliyah, Kulliyah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran, beliau tetap meluangkan masa untuk mengajar dan beliau adalah orang yang menepati masa baik sewaktu kuliah mahupun mesyuarat yang dipengerusikannya. Apa yang di kagumkan di sini ialah semangat dan kegigihan serta minat yang mendalam beliau di dalam bidang perundangan ini. Semangat ingin belajar sesuatu yang baru serta tidak kedekut mencurahkan ilmu yang ada dan memberi bimbingan kepada generasi yang baru adalah satu sikap yang perlu dicontohi. Sesuatu yang baik perlu dijadikan panduan kepada kita semua.

Rabu, Januari 09, 2008

Revolusioner Yang Berwawasan

Saya baru saja selesai membaca sebuah buku yang bertajuk Ahmadinejad, Singa Baru Dunia Ialam. Insan yang bernama Ahmadenijad adalah Presiden Iran yang ke-6 dipilih melalui proses demokrasi. Beliau adalah merupakan bekas Datuk Bandar Tehran yang disayangi rakyat dengan sikap keserdeharnaan beliau. Menurut Ahmadinejad, bagi melahirkan masyarakat islam yang maju dan sejahtera, para pegawai negara perlu mempunyai taraf hidup yang sama seperti orang ramai. Pemimpin itu perlu mengikuti kehidupan sebenar masyarakat sekelilingnya, bukan menjadi orang yang hidup di menara gading. Pemerintahannya juga meningkatkan semangat persaudaraan, kasih sayang dan perpaduan bagi semua lapisan masyarakat, tidak kira agama mahupun bangsanya. Beliau mengangap dirinya sebagai pelayan rakyat dan wajib menjaga kebebasan dan kepentingan masyarakat Republik Islam Iran dan budaya serta kehendak Islam juga membela hak-hak kewarganegaraan semua rakyat Iran di dalam dan di luar negara.

Memakai baju yang berharga murah, seluar dan kasut usang seperti kebiasaannya kaum buruh di Iran, Ahmadenijad sentiasa berpegang kepada asal usulnya yang bersahaja iaitu dia adalah anak tukang besi dan menyatakan dirinya adalah 'pembersih jalan dan pelayan kecil' yang bekerja bersungguh-sungguh bagi mengubah kehidupan masyarakat dan menghapuskan rasuah. Kemudahan yang dikhaskan kepada Presiden seperti istana presiden yang mewah, hamparan permaidani merah dan sebagainya dihapuskan. Beliau juga meminta kepada semua pejabat pemerintahan supaya tidak menggantungkan gambarnya. Malah sewaktu lawatan ke Indonesia, beliau enggan menginap di hotel berbintang yang disediakan dan meminta menyediakan tempat tinggal untuknya di Wisma Duta, JI. Madium, Jakarta Pusat. Begitulah cara seorang pemimpin dunia yang perlu dicontohi.


Buku ini ditulis oleh Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah yang merupakan wartawan bebas dan pernah menimba ilmu di Iran dan menguasai bahasa Parsi. Buku ini membawa pembaca mengenali singa baru dunia islam abad ini dengan lebih dekat.

"Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu" sepatah kata Dato' Onn Ja'afar

Tidak ramai yang yang mendalami kisah sebenar penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang menimbulkan kemarahan serta membangkitkan semangat orang-orang melayu untuk menentang pentadbiran British di Tanah Melayu pada ketika itu. Buku ini mempunyai fakta yang lengkap dari mula gerakan penubuhan Malayan Union dan sehinggalah mansuhnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Buku ini ditulis oleh Lt. Jen (B) Dato' Ja'afar Onn, anak kandung Dato' Onn Ja'afar, pemimpin agung yang menerajui perjuangan pada masa itu.

Selasa, Januari 08, 2008

Kenapa Mesti Ada Teknologi Nuklear ?

Persoalan in sering dilontarkan kepada Presiden Iran Ahmadinejad. Seperti yang dijelaskan beliau:
  1. Teknologi nuklear adalah hak yang sah kepada semua rakyat Iran
  2. Ia merupakan teknologi yang canggih dan maju dan tamparan bagi Barat yang selalu berusaha menghalang kemajuan negara-negara dunia Islam.
  3. Pendorong kepada rakyat Iran selepas Revolusi 1979
  4. Meletakkan Iran dalam kategori negara maju
Disamping itu punca elektrik daripada tenaga nuklear jauh lebih murah, sekiranya dibandingkan dengan alternatif lain. Dengan memiliki simpanan minyak yang banyak dan altenatif teknologi nuklear, Iran menjadi negara yang kaya dengan sumber tenaga. Ahmadinejad menyebut yang ditakuti oleh dunia Barat bukanlah menghasilkan bom nuklear, tetapi yang mereka bimbang adalah keupayaan dan pengetahuan serta kemajuan pemuda Iran dalam bidang nuklear. Di kalangan kuasa besar, mereka sebenarnya tidak menolak senjata nuklear, kerana mereka sudah memilikinya tetapi mereka menolak kemajuan dan perkembangan saintifik bangsa-bangsa lain.

Program nuklear ini sebenarnya dimulakan pada tahun 1957 oleh Shah Palavi dengan bantuan dan restu AS dan reaksi tentangan AS ini hanya timbul selepas tahun 1979, selepas revolusi. Difahamkan program nuklear Iran telah diperiksa lebih 1000 kali oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Apa yang penting Iran hanya mahu memastikan ilmu dan teknologi itu ada dalam tangannya kera Israel memiliki sekurang-kurangnya 200
warheads. Akan tetapi Israel tidak pernah diperiksa dan dipersoalkan oleh mana-mana pihak dan itulah keistimewaan Israel.Dalam keadaan demikian Iran dan negara Asia Barat yang lain merasakan perlu menguasai teknologi itu sebagai satu perisai.

Sumber : AHMADINEJAD, Singa Baru Dunia Islam
Muhsin Labihb, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim dan Alfian Hamzah.

Sejarah Israel

Ahmadinejad, Preseiden Iran yang ke-6 adalah merupakan seorang revolusioner. Beliau telah memberi cadangan supaya Israel "Dihapuskan dari peta dunia". Menurut pemikirannya, dahulu kita selalu mendengar terdapat kekuatan penjajah yang menjajah sesuatu negeri. Mereka datang bagi merampas kekayaan negeri jajahan dan pulang ke kampung halaman mereka. Tetapi sekarang kenyataan berlainan iaitu sebuah negeri baru yang mempunyai penduduk baru di tanahairnya dimana sebahagian besar dihalau bagi mencari perlindungan. Begitulah kenyataan Israel yang tidak pernah terdapat dalam sejarah. Para pendatang ini mula mendatangi Palestin selepas sesuatu gerakan bernama Zionis dibentuk pada akhir 1800an oleh kaum Yahudi kelahiran Eropah. Pada 1914, terdapat lebih kurang 85,000 Yahudi di Palestin daripada 700,000 jumlah penduduk keseluruhanya. Pada 1917, sepanjang perang dunia 1 (1914 hingga 1918), Inggeris mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menegaskan sokongan Inggeris bagi pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada masa itu, Inggeris sedang berperang dengan Imperium Usmani bagi merebut Palestin. Selepas kejatuhan Usmani pada perang Dunia I, Liga Bangsa-bangsa menjadikan Palestin di bawah kekuasaan Kerajaan Inggeris. Pada 1930 jumlah pendatang kaum Yahudi di Palestin semakin bertambah. Merasa terancam, rakyat tempatan mengadakan pemberontakan semasa Perang Dunia ke-II (1939-1945). Pemerintah Nazi Jerman kononnya membunuh lebih kurang 6 juta Yahudi Eropah. Kejadian itu dikenali dengan holocaust. Seterusnya holocaust semakin meningkat tuntutan warga Yahudi yang berada di Eropah bagi mendirikan Negara Yahudi di Palestin. Inggeris menyerahkan masalah itu kepada PBB. Pada 29 November 1947, Persidangan umum PBB menyetujui resolusi bagi membahagikan Palestin Arab dan Yahudi. Rakyat tempatan menolak cadangan dan berperang melawan kaum Yahudi pendatang. Kini wilayah yang berpendudukan Zionis itu menjadi sumber konflik paling berdarah di Timur Tengah sejak hampir 6 dekad silam.

Sumber : AHMADINEJAD, Singa Baru Dunia Islam
oleh: Muhsin Labib, Ibrahim Muharam, Musa Kazhim, Alfian Hamzah.